Sunday, December 27, 2009

"bagasi itu bagasi aku"

di suatu sudut di basten x
kelihatan bebudak sedang mempamerkan kebolehan vokal masing-masing..
bermodalkan gitar kapuk yang agak lusuh..
walaupun kelihatan selekeh di mata kasar..
tetapi itulah dia nilai seni yang cuba diutarakan oleh budak jalanan ini..
mereka berjalan tanpa bagasi..
mereka berjalan tanpa aksesori
tetapi mereka terlalu kenal apa itu seni..
seni yang sebilangannya menganggap kotor..
seni yang rasa-rasanya agak biadap..
tetapi kugiran ini terus "melalak"
demi mencari sesuap nasi..

Wednesday, December 23, 2009

muzik

muzik..
gua tak ingat bila gua stat kenal muzik..tapi cabangnya luas..macam-macam genre yang wujud dalam dunia nih..zaman remaja gua ditakluki oleh muzik dari genre seperti punkrock..rock..metal dan macam2 lagi termasuklah dari genre nasyid..masa tu gua terlalu taksub dengan band2 seperti rancid-green day(sampai sekarang gua layan)..oasis (band yang muziknya terlalu bingit) subculture-carburator dung-metallica-korn-mxpx-no doubt-sepultura-nirvana(dewa bagi muzik grunge)-weezer- judy and mary(band jepun) dan tak lupa juga dengan kumpulan nasyid raihan.
masa tu teknologi terbatas..terlalu susah untuk mendapatkan lagu2 percuma (muat-turun) kerna pada masa itu internet terlalu terbatas..cakera padat kalau tak salah gua harganya hampir rm50..agak mahal untuk bebudak sekolah seperti gua untuk membeli cakera padat tersebut..so masa tu kalau gua nak dengar lagu ni..gua kene beli kaset yang harganya lebih kurang rm20..duit ni gua kumpul..baru boleh beli kaset..
apabila gua masuk 14 tahun..gua mula mendengar lagu2 mencarut daripada artis2 hipop seperti snoop dog-dmx-shaggy-tupac-dr dre shakur dan sbgnya..ini pula genre dari hiphop yang dimonapolikan oleh artis kulit hitam..ketika itu di malaysia puak2 hiphop yang wujud adalah poetic ammo..
apabila wujudnya era millenium..pelbagai genre yang dihidupkan di malaysia..genre2 black metal-ghotic-emo-skin head dan punk yang makan sampah ni adalah subject yang baru..depa seperti takde akal..berpeleseran sekitar ibu kota @ pusat bandar..membuat kacaw dan onar..gig dulu dan sekarang pun dah bertukar konsep..dulu mase gua pergi gig mane ade kene rush..mase ade kene ambush..sekarang ni kalau pergi gig haram..1st band baru main intro..dah kene rush..nih semua angkara bebudak baru nak naik lah nih..
sekarang bila gua dah meningkat dewasa..baru gua tau apa yang sepatutnya gua tau..sebenarnya tak salah mendengar muzik..tapi janganlah memperhambakan diri pada budaya yang mengamalkan muzik..kalau kita minat punk..takkan rambut kita nak terpacak 24 0 7 (24jam 7 hari seminggu)..kalau kita minat ghotic..takkan kita nak mengamalkan fahaman ghotic seperti kuda belang..so konklusi yang gua dapat..muzik menggambarkan seseorang yang bertamadun..

Tuesday, October 20, 2009

gua jatuh motor!

serius beb..sakit giler!


semalam gua jatuh motor beb..seingat gua last gua jatuh motor 3 tahun yang lepas..jom..ikuti kisah gua yang tak berapa nak tragis ni..





1.15pm - gua ajak bini gua balek skali ke rumah..tapi beliau tak nak..tak pe lah..gua layan sorang2 je lah balek rumah





1.30pm - gua gerak dari rumah lepas amek telepon bimbit gua..gua bawak moto tak laju beb..40 km/h..lepas traffic light kg. melayu menuju ke traffic light larkin perdane..tibe-tibe tanpa gua sangke gua tertarik brake dengan kuat..dah ujan lu orang tau je lah kan jalan pun licin..lepas tu..zass..bersepah gua kat depan tu..nasib tak langgar kereta orang..





1.34pm - ade sorang brader yang kebetulan lalu kat sebelah gua tolong gua..sambil tolong gua tu dier pun cakap " biaselah bang..bende nak jadik"..gua pun buat2 lah tersenyum..dan hati gua berkata "siot je..lu ingat gua rancang ke nak bersepah nih"..





1.36pm - gua dengan keadaan terluka..meneruskan perjalanan gua ke kampus..





so kepada bro2 dgn sis2 yang membaca kisah gua..ingatlah..punca gua terjatuh sebab jalan licin..bukan gua sesuka nak buat kaki gua bercalar!





p.s lepas nih gua berazam takkan jatuh moto lagik...

Sunday, October 4, 2009

afarish semakin membesar

aku harap aku dapat membahgiakan keluarga aku
ingat mama ngan papa je ke ade baju melayu..farishpun ade gak lah..huhu

comel tak farish bile senyum..



mobil baru dan kisah turbo yang kong

mungkin dalam jangkamasa yang terdekat ni aku akan memiliki sebuah kereta baru bernombor pendaftaran jfu1559..

dan saat yang menyakitkan aku sekarang ialah turbo kereta aku kong dan ia memerlukan modal yang agak besar untuk membaikinya..

kepada sesiapa yang beminat untuk memberi sumbangan..bolehlah terus direct menghubungi diriku ini..

Tuesday, September 29, 2009

mood untuk berblog

sejak 2 menjak nih aku tak der mood untuk berblog..tengok lah 1 hari nanti pasti akan update..got to go!

Saturday, September 5, 2009

selamat hari jadi

semalam hari jadik aku yang ke 26..mereka menyambutnya tanpa kehadiran si kecil yang ku sayang (farish) dan si jelita yang ku kenang (maria) kerna mareka berada nun jauh di sana..apape pun aku ucapkan tq to u guys for this moment!

acara potong kek..
doa panjang umur oleh my bro!

kek chese prune yang akak sponser! tq sis

Monday, August 31, 2009

farish terus membesar

hari ni genap hari ke 20 farish wujud di alam nyata ini..maria cakap semakin hari perkembangannya semakin baik dan sihat..dan disahkan oleh mami..semakin hari semakin rindu kat farish..lagi 19 hari aku nak jumpe dier..betul kata orang..kalau isteri di tinggalkan..kita boleh carik lain..tapi kalau anak? mane kite boleh nak dapat produk yang terbaik..tapi hakikatnya aku takkan tinggalkan mereka..papa sayang mama n farish!

Wednesday, August 26, 2009

ramadhan yang keseorangan

tahun ni aku sambut ramadhan keseorangan..tanpa maria di sisi ku..tanpa baby farish..terlalu seksa nak menghadapi hari2 mendatang..segalanya aku buat sorang2..mama n farish..i miss u...

Wednesday, August 19, 2009

majlis cukur jambul muhammad farish fakhrullah bin khairul anwar

alala anak papa..meh sini papa gunting rambut farish..alalalahh..manjenye die
tq pokcik-pokcik sebab tolong guntingkan rambut farish
farish masih control macho walawpun rambutnya di gunting sebegitu rupa
imam yang menikahkan aku membaca selawat pada farish

Umur : 7hari
Tarikh : 20 ogos 2009
Tempat : Teratak ommi
Masa : area lepas suboh dalam 6.30m


PERSEDIAAN SEBELUM MAJLIS CUKUR JAMBUL

seekor bebiri selamat di tumbangkan
sesi melapah kulit bebiri
bebiri punye tutt..haa ni yang buat power ni...
bebiri yang dah siap dilapah..


Tarikh : 19 ogos 2009
Tempat : Belakang rumah ommi
Masa : pukul 1815

Sunday, August 16, 2009

muhammad farish fakhrullah bin khairul anwar

maria masih mampu tunjuk simbol peace walaupun dah ade dalam dewan bersalin..nilah pose paling ayu yang aku pernah tengok sepanjang aku berkahwin dengannya

ingat masuk genting je ke ade tag..kat hospitalpun ade gak lah..hehe


hi..name saye muhammad farish fakhrullah..agak2 muka saya ni macam muka mama ke muka papa?


saya nak jadi baby paling stylo sekali dalam hospital ni..


kasih ibu bawa ke syurga..


kasih ayah..mendidik dan memastikan bahawa anak itu akan menjadi seorang insan..


"ya allah ya tuhanku..ampunilah dosaku, ampunilah dosa isteriku, ampunilah dosa ibu bapa ku, ampunilah dosa guru-guruku, ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat..ya allah kepadamu aku bersyukur atas kurniaan ini. jadikan lah anak ini sebagai anak yang soleh. anak yang membesar mengikut ajaranmu. anak yang patuh kepada ajaran dan agamamu. anak yang hormat kepada ibu bapanya. anak yang mengikut segala ajaran islam."

ameen ya rabbal alameen

Thursday, August 6, 2009

kemanisan hidup akan pupus sekiranya bekalan gula terputus.

gula..
aku semakin tekanan kalu hidup takde gula.
huuhu..

kemanisan hidup akan pupus sekiranya bekalan gula terputus.

gula..
aku semakin tekanan kalu hidup takde gula.
huuhu..

Tuesday, August 4, 2009

senarai masakan yang penuh kasih sayang!

menu pertama : nasik putih+asam pedas ikan mayong+kangkung goreng+ikan bakar+asam limau...

menu kedua : nasik putih+ayam goreng sos+kangkung goreng+telur dadar

menu ketiga : nasik putih+daging pedas masak kicap+telur dadar..

menu keempat : speghetti nyum2

aku cukup berpuas hati dengan masakkan aku setakat ni..silap2 masakkan aku lagi bes tau dari korang..wakakaka...

Sunday, August 2, 2009

Odei Anak

Hai anak nokeiloh ko idaah
Nosusah moti yamamu megentian dika
Odei anak nokeiloh ko idaah
Nosusah tomod yamamu minaganak dika
Namun kelahiranmu adalah penghibur hati
Dibelai dan dimanja setiap hari
Di malam hari tidur tak berwaktu
Tapi tak mengapa kerana kau disayangi
Wahai anak apakah kau mengerti
Betapa deritanya ibu yang mengandung
Aduhai anak apakah engkau tahu
Alangkah deritanya ibu melahirkanmu
Hari-hari sudah pun berlalu
Usiamu makin bertambah
Seorang ibu sudah semakin tua
Namun terus berkorban untuk sesuap rezeki
Agar sempurna hari depanmu
Kini kau dewasa ibumu telah pergi
Waktu yang berlalu seakan memanggil
Sudahkah kau curahkan kasih sayangmu
Apakah terbalas segala jasanya
Surga itu di bawah tapak kakinya
Hanyalah anak-anak yang sholeh
Bisa memberikan kasih sayangnya
Hanyalah anak-anak yang sholeh
Bisa mendoakan hari akhiratmu

anak..

Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

kiraan congak!

hari ni 3 ogos..bermakna lebih kurang 3 minggu lagi aku akan menjadi bapa..bapa kepada anak aku..bapa kepada zuriat yang dikandungkan oleh maria..corak anak tu bergantung kepada lakaran yang aku buat..kalu baik, bersih dan sempurna maka cantik lah corak tu..aku akui aku amat takut skali kalau tak dapat penuhi tanggungjawab tu..sebab inilah kali pertama aku mepunyai zuriat sendiri..bermacam2 yang bermain dalam kepala otak ni dan bermacam2 perasaan aku alami..tapi aku abaikan.1 je aku berharap..agar anak itu sempurna lahiriah dan imannya..ada kalanya aku hampir menangis mengenangkan kekuasaan illahi..mungkinkan ada hikmahnya aku mendapat rezeki ni..namun jauh di sudut hati aku cukup gumbira untuk menunggu kelahiran ummat muhammad ni..aku tak sabar nak masuk ke bilik bersalin..nak bersama maria menghadapi detik2 ni..aku tak sabar nak tunggu baby keluar dari rahim maria..aku tak sabar nak azan dan ikamat pada baby tu..aku tak sabar nak berdoa mcm noin cakap kat aku

"ya allah jadikanlah anak ini sebagai anak yang soleh, anak yang sentiasa beramal ibadat kepadamu dan jagalah anak ini semoga nur iman sentiasa ada didalam diri anak ini".

aku tak sabar nak memandikan anak itu, aku tak sabar nak membasuh dan menanam uri, dan paling penting aku tak sabar untuk sujud syukur di atas kurniaan ini..syukur alhamdulillah...semoga semuanya selamat..ameen ya rabbal alameen..

Wednesday, July 29, 2009

agak2 maria yang mane 1


haha..bestnye...agak agak yang mane

Tuesday, July 28, 2009

aku menjadi suri rumah

ini adalah rutin baru yang aku hadapi semasa maria mengandung di bulan ke 8.

pagi..
seperti biasa aku akan bgn dan pergi kerja

petang..
balik rumah aku akan clearkan rumah dulu..mcm menyapu rumah..kemas rumah siket2 dan buat apa yang patut.

lepas tu aku akan angkat baju di ampaian dan jemur baju kalau ada baju yang telah dibasuh..

lepas tu aku rileks2 kejap..then terus ke dapur untuk setting menu ape yang akan aku masak pada hari tersebut..kalaw ade bende tak cukup aku akan ke kedai/pasar dulu beli bahan2 yang nak dimasak.

sehingga hari ni baru 2x aku masak..memang aku akui..cara masakan ku tak sehebat maria..
tapi setakat nak makan tu boleh saje..hehe

lepas masak aku akan makan bersama maria..then kemas barang2 or basuh pinggan periuk yang di gunakan.

lepas tu baru aku mandi..

malam sikit aku akan tgk kalu2 ade kerje yang tak settle lg..agak2 dah tak der barulah aku bleh rileks..aku bleh lepak kejap..

bila maria masuk bilik untuk tidur..aku akan sediakan segelas air untuk diminum kalau dia terjaga nanti..

rasa kepuasan gak bile jadik suri rumah ni..hakhak..apapepun aku tak mampu tandingi tugas seorang isteri..

aku tak mengeluh..sebab aku tau..kepenatan maria bergelar isteri tak mampu aku bayar balik..

thanks mama :)

Monday, July 27, 2009

menghitung hari

bia betol..aku ni sedar ke mamai ni...
hari nih dah 28 haribulan..maksudnye kurang dari 30 hari aku akan bergelar bapa...:)


"ya allah ya tuhan ku..permudahkanlah segala urusanku..ameen"

antara kasih dan kekasih!

bile aku tengok keadaan maria..
baru aku terfikir mcm mane keadaan mak
mase mengandungkan aku..
tabah betol hati seorang ibu
membawa kandungan ke hulu kehilir
tanpa memikirkan soal penat dan letih..
patutlah orang cakap
"syurga itu di tapak kaki ibu"..
besar betol jasa-jasa mereka yang bergelar ibu..
aku rase hingge ni
boleh dikira berapa banyak jasa ibu yang aku balas..

bile aku tengok keadaan maria..
aku terfikir ketabahan seorang ibu..
siang malam berdoa..
agar anak yang dikandungkannya..
sempurna segalanya..
agar anak yang di kandungkannya..
menjadi anak yang soleh..
anak yang taat kepada suruhan tuhan..

bile aku tengok keadaan maria..
aku tahu yang seorang ibu
sanggup menggadai nyawa
untuk kebahgiaan anak..

bile aku tengok maria..
pasti akan ku kucup dahinya
tanda kasih cinta dan sayangnya aku
tanda bersyukurnya aku
tanda terima kasih aku
kerana sudi menjadi
sebahagian dari diriku..
kasih dan kekasih!

Tuesday, July 21, 2009

antra pop corn dan bertih jagung

semalam ade meeting pentadbiran..geng2 kerani telah dirombak senarai tugasan memasing..alhamdulillah kali ni aku tak lagi pegang cuti dan kenderaan..2 beban kerje yang tak mampu aku layan sorang2...tugasan tu telah di beri pada kak areeda dgn pidaus..huhu..terlalu lega aku rase..lepas ni aku dah tak perlu nak serabutkan kehidupan aku memikirkan bende alah ni semua..kepada boss..tq sebab sudi dengar luahan hatiku..so lepas ni aku boleh menikmati keindahan hari2ku bersama keluarga..:))

Thursday, July 16, 2009

Tuesday, July 14, 2009

baby jangan nakal2..ma n pa nak g kursus!

"baby jangan nakal-nakal ye..mama ngan papa nak g kursus..syg kat baby"

tulah ungkapan "berangan" aku kepada baby aku..
tak sabar rasenye aku nak menghadapi saat tu..
kalau slalu aku g kursus dgn mem je..
tapi kali ni aku pergi kursus bertiga..
termasuklah preparation nak packing barang baby skali..
mlm tadi semua equipment baby kitorang basuh..
n pagi ni awal2 pagi mem dah bangun untuk packing barang-barang baby..
barang2 aku dah packing mlm td..

"baby jangan nakal tau..baby dok je senyap2..mama ngan papa nak g kursus.."

Wednesday, July 8, 2009

new born around the corner...

kurang 2 bulan aku akan bergelar bapa
macam2 soalan yang aku pikirkan

1. aku ni dah sedia ke nak jadi bapa
2. mampukah aku menjadi seorang bapa yang baik
3. bersediakah aku nak sambut kelahiran perwaris aku
4. boleh ke aku mendidik waris aku mcm abah dgn mak didik kat aku

ya allah..permudahkan lah segala urusanku...

ameen

Monday, July 6, 2009

butterfly

Yesterday I went outside
With my momma's mason jar
Caught a lovely Butterfly
When I woke up today
Looked in on my fairy pet
She had withered all away
No more sighing in her breast
I'm sorry for what I did
I did what my body told me to
I didn't mean to do you harm
Everytime I pin down what
I think I want
It slips away - the ghost slips away
I smell you on my hand for days
I can't wash away your scent
If I'm a dog then you're a bitch
I guess you're as real as me
Maybe I can live with that
Maybe I need fantasies
A life of chasing butterfly
I'm sorry for what I did
I did what my body told me to
I didn't mean to do you harm
Everytime I pin down what
I think I wantIt slips away -
the ghost slips away
I told you
I would return
When the robin makes his nest
But I ain't never coming back
I'm sorry, I'm sorry, I'm sorry

Tuesday, May 26, 2009

welcome to my world baby

gambar ni adalah posisi atas bahagian kepala bakal anakku..aku cukup teruja masa melihat kandungan isteriku yang baru mencecah 7 bulan..semasa gambar ini di imbas..kedudukan kandungan isteriku menyongsang kerana setahu aku ketika kandungan berumur 6 bulan, kepala baby akan ke atas..tapi aku dapat melihat tangan yang mungkin melambai pada mama dan papa nya dan tulang belakang kandungan tu..subhanallah.aku hampir menitis air mata ketika melihat kebesaran allah ni..dan menurut doc..kedudukan uri juga berada didalam keadaan normal..so far aku tak nak tau jantina baby tu..aku redha ape yang aku dapat..tapi yang aku tau aku berkhendakan keadaan baby yang sempurna..aku bersyukur ke hadrat illahi di atas kurniaan ini..

Wednesday, May 6, 2009

selamat hari ibu mak...

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
Ibu...



selamat hari ibu mak..

politik dan melayu

aku tgk berita kat tvx..
para pemimpin sebok untuk mengetengahkan agenda masing-masing..
yang tak puas hati memaki sesama sendiri..
yang kafir yang melayu semuanya bersongkok
perpangkat tinggi tapi tak guna otak
macam tu yang nak jadik pemimpin manusia
macam tu yang nak jadik pemimpin bangsa
politik yang berteraskan perperangan
kemenangan yang menjatuhkan orang lain
kemenangan ibarat tikaman dari belakang

di mana anak muda melayu sekarang?
ya..mereka sebok mengejar erti kehidupan yang entah apa
mereka sebok mengejar kemewahan sejagat
kemewahan yang akan menjulang kehidupan mereka
perniagaan yang lebih banyak haram dari yang halal

kenapa aku emo sangat?
sebab aku adalah anak melayu!

Wednesday, April 22, 2009

pengertian gaji

gaji?
1. duit yang dapat setiap bulan
2. kene pergi pasar beli stok makanan untuk 1bulan
3. bayar personal loan
4. bayar sewa rumah
5. bayar api+air
6. duit rokok
7. duit topap
8. duit travel

te je kot maksud gaji yang aku boleh pK

Thursday, April 16, 2009

aok bah!

"aok bah..lamak dah ku sik temu kau..apa polah kau kinek tok"

"kinek tok aku kerja rah KL..apa dipolah kau kinek tok"

"aku cam tok lah..kais pagi makan tengahari..kais tengahari makan petang"

"kedak tok jak lah hidup"

makhluk yang buntu

kehidupan tanpa batasan
melampaui paranoid kepada pencipta
kebuntuan adalah adat
untuk melengkapkan sisa-sisa dunia
yang semakin hakis dimamah aliran

Wednesday, April 15, 2009

orang tak kan paham yang kita ini kaya

di suatu kedai kopi di kampung X

mamat kampung 1: peerghhh orang kaya datang (situasi menganjing)
mamat kampung 2:takkan kaya tak boleh nak belanje air secawan
mamat kampung 1:tulah pasal..air secawan takkan tak boleh bayar
orang kaya : ape ade hal..orang kaya memang suke nak tolong orang miskin..
bang..kasik teh tarik 1 jug..bagi kat orang-orang fakir miskin nih..
biarkan diorang mati tercekek air...

mamat kampung 1 : (duduk terpaku mengenangkan nasib)
mamat kampung 2 : (bertaubat dan berjanji tak kutuk orang lagi)
orang kaya : bertambah riak dengan muka ketat sebab dapat ajar mamat kampung tu

hahaha...

bafahafasa F

koforafang tafahufu tafak!
bafahafasafa F

F for Fuck U
F for Fair lady

bufukafan nafak meferefepefek..
tafapifi ifinifi afadafalafah bafahafasafah yafang befest

tafak sefemufuafa oforafang pafahafam..
oforafang gifilefe jefe yafang pafahafam..

Monday, April 13, 2009

na dan turbo...

sebelum...







selepas....







tangan gatal ke gatal tangan

mane yang betol
aku keliru
ada orang cakap gatal tangan
ade orang cakap tangan gatal
so?

biarlah aku sendirian sekejap waktu


"aku perlukan masa untuk aku menghargai masa apabila masa yang ku ada kekurangan masa"


Sunday, April 12, 2009

k-kompak versi rare


terbitan versi terhad..
dapatkan dipasaran sekarang!
rare beb!

kepupusan yang teramat!

askar kombet kechil
berkumpul mendengar taklimat
dari seorang kapitan kechil
berpangkat besar
berperang terhadap kejahilan
berperang menghapuskan perkauman

askar kombet kecil
gah melawan musuh
tanpa menanggalkan topi di kapala
berwarna hijau
bersenjatakan senapang patah dan bon jangka

askar kombet kecil (sebungkus 5 ringgit warne hijau)
aku rindu untuk bermain dgn ko
dikala korang bersepah..
amat sakit tapak kakiku ketika memijakmu..
lepas ni
aku ingat aku nak carik lah
nak main bersama-sama isteriku
hahahahaha

aku kaya!

kalau aku kaya
aku akan hantar mak bapak aku ke mekah..

kalau aku kaya
aku akan hiaskan isteriku seperti bidadari..

kalau aku kaya
aku akan beli turbo td05 berserta downpipe..

kalau aku kaya
aku belikan 365 helai pakaian untuk isteriku
supaya beliau "cukup pakai"

kalau aku kaya
aku pasti akan settlekan personal loan aku yang ku tanggung selama nih

kalau aku kaya
akan aku derma separuh kekayaan aku kepada rumah anak2 yatim yang ade di segamat

kalau aku kaya
aku akan sponser semua saudara mara aku pergi bali..buat maksiat banyak2...lepastu aku sponser diorang g umrah..

kalau aku kaya..
aku suruh bapak aku pencen sekarang gak..
aku akan tukarkan van yang penuh dengan sejarah tu dgn toyota alphard

kalau aku kaya
aku akan bukak satu yayasan yang menempatkan ibu-ibu serta orang tua..

kalau aku kaya
aku akan bukak bank atas nama aku sendirik

kalau aku kaya
aku akan letakkan tandatangan aku kat duit tu

kalau aku kaya
aku tak nak buat swiming pool dalam rumah
sebab aku tak reti berenang..


tapi nih kalau kaya
kalau aku sengkek?
tapi sesengkek aku pun
alhamdulillah syukur
bini aku cukup makan cukup pakai..

Wednesday, April 8, 2009

loserfool vs chelshit..

1-3

kerana bola sebijik..
manusia sanggup berbunuh..
mcm sial

aku dah lame tak mencarut!

kalu gua ade peluang..
gua nak je amek sabit..
yang dijual di kedai 2ringgit..
gua nak penggal leher beliau..

lepas tu gua nak laggar beliau..
sampai hilang bukti yang kukuh

beliau ingat beliau amat bagus
kalau lu buat serangan berkaum..
gajah pun boleh mati beb..

adooyaaii!

gua tak carik pasal
lu yang carik pasal
lu tanggung lah sendirik

asyik nak jage tepi kain orang je
lu ingat lu JAGA ke
lu jage kain lu sendiri dah lah..

mat rempit durjana

gua ingat dulu
mase gua ade moto..
gua merempit gak..
bawak skuter..
cilok sane sini..
langgar roadblock..
fuck pak polisi..
langgar lampu syarat..
sampai member gua meninggal..
skrg nih..
mat rempit makin kuang ajoo..
ingat bagus sangat ke..
sound orang sukati bapak dier..
beliau ingat..
bapak beliau tu PM yang baru lantik ke..
dunia dah berubah..
zaman semakin maju..
mane de orang main moto lagi..
insaflah...
belilah kereta..
main kereta..
tukar enjin..
lepas tu endos..
baru boleh layan road block!
kepada sahabatku..
kumpullah duit..
beli mentol lampu motor yang baru..
agar kehidupan mu di sinari oleh cahaya lampu!

manusia yang anih

kenape ade sebilangan manusia yang kehidupannya seperti syaitan?
hidup yang berpuak! seperti rejim zionis!

Monday, February 2, 2009

comel dah takde (2 Februari 2009)

semalam lepas balek kijer je terkejut aku tengok comel lentok kat dalam garaj dier..longlai..erm..rupe2 nye comel dah takde..hati aku memang sedih tak terkate..menitis gak air mate aku bile kenangkan comel..seekor ayam yang comel dah takde..aku rindu dengan kokokkan comel..aku rindukan kelincahannya..aku rindukan segale2 nye tentang comel..entah bile aku akan dapat anak ayam secomel tu..then aku angkat perlahan2 bangkai comel..aku semadikan nya di depan lorong nak masuk rumah aku sambil diperhatikan oleh adek beradik angkat comel comot n putih n isteriku..comel..tuhan lebih sayangkan kau comel..semoga kita jumpa di syurga nanti insyaallah...

Saturday, January 24, 2009

selamat datang ke kelantan


akhirnya selamat gak aku sampai kat kelantan ih..setelah hapir 13 jam aku drive..tuhan saja yang tahu...perjalanan aku selamat..alhamdulillah..berbekalkan tidoq yang cukup..slamat gak aku kelek kelatee..tapi perubahan cuaca membuatkan aku kalah..kalu kat johor panas terik..tapi kat sini hujan sesaje...nihpun aku tgh nak demam nih..akupun survey klinik panel kat sini..sebab jap lagi aku ingat nak g jap...nak dapatkan rawatan..tekak memang saket giler lah nih..esok ade gath ngan bebudak JDM Garage..aku tetap nak turun..kali nih balek kelantan aku rase makin besh..mane tak nye..aku dah tak perlu rase kekok..akupun dah mule amek heavy breakfast pagi2..ok lerk..aku nak layan FS jap..tata

Thursday, January 22, 2009

cuti yang panjang

kali ni aku amik cuti panjang siket..cuti am + cuti rehat..sebab aku nak balek klntn..so far aku dah sedia untuk drive selama 8-10 jam..huh..lepak gak tuh...tapi apa kan daya..aku kene redah gak..beronok-ronok aku tgk bini aku..maklumlah beliaupun dah lame tak balek ke sane..last kitorang balek mase raye haritu...esok aku cadang untuk gerak pada awal pagi..lagipun journey agak panjang..ok la..selamat bercuti..doakan agar aku selamat tiba dan selamat kembali..ameen...

Sunday, January 18, 2009

3 malam tanpa bintang

hari nih 3 hari beturut2 aku lepak kat kedai osman..bukan aku teringin sangat nak makan masakan diorang..tapi aku nak gunekan perkhidmatan wifi free yang diorang sediakan..yelah disebabkan rumah aku takder internet..tuh yang aku just datang utk lepak je..aduss..perut lapo..harini aku makan nasik goreng kampung masak sendirik..depan aku nih ade kapel..agak2 mak bapak diorang tau ke yang anak mereka sedang berkapel?dunia akhir zaman..
perut makin lapo lah plak..kapel depan gua nih makan mee goreng mamak pun nak besuap..mcm sial..herm..nampaknye makan aku ah sampai..aku nak makan dulu..


Friday, January 16, 2009

sunyi

hari ni maria (mem besar) balik ke segamat untuk menghadiri kelas..tinggallah aku bersendiri..nampaknya malam nih aku terkpase tidor sorang..di atas sofa merah dan di hadpan tv 29 inci..lepas aku hantar maria g basten larkin..aku pun datang opis kejap..bukan ape..aku nak ambil selipe yang aku tinggalkan kat opis..then aku ajak anas g makan kat muara..menu malam nih ialah nasik goreng kampung telo dadar sop O dgn teh o ais..lepas abis makan akupun balek..aku lepak2 tengok raje lawak jap..lepas abis raje lawak baru aku mandi..then aku terus kelua pergi mapley osman untuk layan wifi..herm..nampaknye malam nih aku tidor sorang lah..esok ade game..entah menang entah kalah..adat lah..yang aku tau aku tak tau nak buat ape mlm nih..zzzz

Monday, January 12, 2009

anak ayam

hari nih aku g jaidon senai..aku mintak anak ayam kat haji din..

kerol: aji mintak seko anak ayam
haji din: ambik lah..ade lagi yang belom menetas
kerol: ok aji..

akupun amek lah anak ayam yang warne k untuk kuning..herm..comel..makin bertambahlah anak ayam yang aku bele kat umah nih...

Sunday, January 11, 2009

genting theme park

herm..

ape yang besh pasal tempat nih?

jom kite tengok aksi-aksi manusia yang dah lame hidup di muke bumi ini




mase nih baru je sampai kat tanah genting..huh..lepak gak..aku tido kat dalam bas dari pukul 4am hingga kol 9 am...


nih lah pose yang terpakse aku lakukan..


bergambar bersame encik maskot..






daiya dah kong..1st running up dah weekk!! tak lasak..




aku masih kalah dengan kegayatan...



Pose aweks2 jambu


anak Tarzan..eee..mintak maap laaa..aku nih tak beran nak pegang binatang tu




mem bersame kuda babylon yang berpusing 360 darjah




antara kanak-kanak ribena yang malang dan memerlukan vita C



hot couple for 2009..



arena of stars genting highland at 7.40am. View from 17th Floor of First World Hotel.


makan time..mase nih barulah rasa kenikmatan makanan..




aku masih trauma dengan kegayatan..



aku dan farok bergabung untuk menewaskan daiya..



herm..aksi paling best dan rare..hehe..mungkin terlalu letih..

Tuesday, January 6, 2009

selamat tinggal dunia...

hidup di awangan..
mata jadi kelabu pandangan jadik kabur..
di kelilingi syaitan yang bertopengkan bidadari jahanam..
ada jantan ada betinanya..
berperangai yang tiada sempadan..
keluar malam balik subuh..
kadang-kadang tak nampak jalan..
kehidupan yang tak ingat dunia..
apatah lagi akhirat..
tapi kini..
kehidupan seperti manusia yang tiada aliran itu..
telah berubah dan di telan dek zaman...




akhir zaman..

entahlah..
manusia yang bangsat makin sebok bermaharaja lela..
dengki ibarat baik hati..
menjadikan kehidupan seperti bangkai...
masa tetap berputar tanpa ada sekatan..
yang senang makin megah..
yang kedana makin sengkek...
bergolak dengan harga diri menjadikan mereka tak sedar diri..
di satu sudut..
kita akan dinilai bukan sebab kaya..
bukan sebab saiz..
renungkanlah.

Sunday, January 4, 2009

hijrah @ masihi?

hijrah ke masihi? mane yang penting...mane yang perlu di ikuti..