Sunday, August 2, 2009

kiraan congak!

hari ni 3 ogos..bermakna lebih kurang 3 minggu lagi aku akan menjadi bapa..bapa kepada anak aku..bapa kepada zuriat yang dikandungkan oleh maria..corak anak tu bergantung kepada lakaran yang aku buat..kalu baik, bersih dan sempurna maka cantik lah corak tu..aku akui aku amat takut skali kalau tak dapat penuhi tanggungjawab tu..sebab inilah kali pertama aku mepunyai zuriat sendiri..bermacam2 yang bermain dalam kepala otak ni dan bermacam2 perasaan aku alami..tapi aku abaikan.1 je aku berharap..agar anak itu sempurna lahiriah dan imannya..ada kalanya aku hampir menangis mengenangkan kekuasaan illahi..mungkinkan ada hikmahnya aku mendapat rezeki ni..namun jauh di sudut hati aku cukup gumbira untuk menunggu kelahiran ummat muhammad ni..aku tak sabar nak masuk ke bilik bersalin..nak bersama maria menghadapi detik2 ni..aku tak sabar nak tunggu baby keluar dari rahim maria..aku tak sabar nak azan dan ikamat pada baby tu..aku tak sabar nak berdoa mcm noin cakap kat aku

"ya allah jadikanlah anak ini sebagai anak yang soleh, anak yang sentiasa beramal ibadat kepadamu dan jagalah anak ini semoga nur iman sentiasa ada didalam diri anak ini".

aku tak sabar nak memandikan anak itu, aku tak sabar nak membasuh dan menanam uri, dan paling penting aku tak sabar untuk sujud syukur di atas kurniaan ini..syukur alhamdulillah...semoga semuanya selamat..ameen ya rabbal alameen..

No comments: