Monday, August 31, 2009

farish terus membesar

hari ni genap hari ke 20 farish wujud di alam nyata ini..maria cakap semakin hari perkembangannya semakin baik dan sihat..dan disahkan oleh mami..semakin hari semakin rindu kat farish..lagi 19 hari aku nak jumpe dier..betul kata orang..kalau isteri di tinggalkan..kita boleh carik lain..tapi kalau anak? mane kite boleh nak dapat produk yang terbaik..tapi hakikatnya aku takkan tinggalkan mereka..papa sayang mama n farish!

Wednesday, August 26, 2009

ramadhan yang keseorangan

tahun ni aku sambut ramadhan keseorangan..tanpa maria di sisi ku..tanpa baby farish..terlalu seksa nak menghadapi hari2 mendatang..segalanya aku buat sorang2..mama n farish..i miss u...

Wednesday, August 19, 2009

majlis cukur jambul muhammad farish fakhrullah bin khairul anwar

alala anak papa..meh sini papa gunting rambut farish..alalalahh..manjenye die
tq pokcik-pokcik sebab tolong guntingkan rambut farish
farish masih control macho walawpun rambutnya di gunting sebegitu rupa
imam yang menikahkan aku membaca selawat pada farish

Umur : 7hari
Tarikh : 20 ogos 2009
Tempat : Teratak ommi
Masa : area lepas suboh dalam 6.30m


PERSEDIAAN SEBELUM MAJLIS CUKUR JAMBUL

seekor bebiri selamat di tumbangkan
sesi melapah kulit bebiri
bebiri punye tutt..haa ni yang buat power ni...
bebiri yang dah siap dilapah..


Tarikh : 19 ogos 2009
Tempat : Belakang rumah ommi
Masa : pukul 1815

Sunday, August 16, 2009

muhammad farish fakhrullah bin khairul anwar

maria masih mampu tunjuk simbol peace walaupun dah ade dalam dewan bersalin..nilah pose paling ayu yang aku pernah tengok sepanjang aku berkahwin dengannya

ingat masuk genting je ke ade tag..kat hospitalpun ade gak lah..hehe


hi..name saye muhammad farish fakhrullah..agak2 muka saya ni macam muka mama ke muka papa?


saya nak jadi baby paling stylo sekali dalam hospital ni..


kasih ibu bawa ke syurga..


kasih ayah..mendidik dan memastikan bahawa anak itu akan menjadi seorang insan..


"ya allah ya tuhanku..ampunilah dosaku, ampunilah dosa isteriku, ampunilah dosa ibu bapa ku, ampunilah dosa guru-guruku, ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat..ya allah kepadamu aku bersyukur atas kurniaan ini. jadikan lah anak ini sebagai anak yang soleh. anak yang membesar mengikut ajaranmu. anak yang patuh kepada ajaran dan agamamu. anak yang hormat kepada ibu bapanya. anak yang mengikut segala ajaran islam."

ameen ya rabbal alameen

Thursday, August 6, 2009

kemanisan hidup akan pupus sekiranya bekalan gula terputus.

gula..
aku semakin tekanan kalu hidup takde gula.
huuhu..

kemanisan hidup akan pupus sekiranya bekalan gula terputus.

gula..
aku semakin tekanan kalu hidup takde gula.
huuhu..

Tuesday, August 4, 2009

senarai masakan yang penuh kasih sayang!

menu pertama : nasik putih+asam pedas ikan mayong+kangkung goreng+ikan bakar+asam limau...

menu kedua : nasik putih+ayam goreng sos+kangkung goreng+telur dadar

menu ketiga : nasik putih+daging pedas masak kicap+telur dadar..

menu keempat : speghetti nyum2

aku cukup berpuas hati dengan masakkan aku setakat ni..silap2 masakkan aku lagi bes tau dari korang..wakakaka...

Sunday, August 2, 2009

Odei Anak

Hai anak nokeiloh ko idaah
Nosusah moti yamamu megentian dika
Odei anak nokeiloh ko idaah
Nosusah tomod yamamu minaganak dika
Namun kelahiranmu adalah penghibur hati
Dibelai dan dimanja setiap hari
Di malam hari tidur tak berwaktu
Tapi tak mengapa kerana kau disayangi
Wahai anak apakah kau mengerti
Betapa deritanya ibu yang mengandung
Aduhai anak apakah engkau tahu
Alangkah deritanya ibu melahirkanmu
Hari-hari sudah pun berlalu
Usiamu makin bertambah
Seorang ibu sudah semakin tua
Namun terus berkorban untuk sesuap rezeki
Agar sempurna hari depanmu
Kini kau dewasa ibumu telah pergi
Waktu yang berlalu seakan memanggil
Sudahkah kau curahkan kasih sayangmu
Apakah terbalas segala jasanya
Surga itu di bawah tapak kakinya
Hanyalah anak-anak yang sholeh
Bisa memberikan kasih sayangnya
Hanyalah anak-anak yang sholeh
Bisa mendoakan hari akhiratmu

anak..

Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

kiraan congak!

hari ni 3 ogos..bermakna lebih kurang 3 minggu lagi aku akan menjadi bapa..bapa kepada anak aku..bapa kepada zuriat yang dikandungkan oleh maria..corak anak tu bergantung kepada lakaran yang aku buat..kalu baik, bersih dan sempurna maka cantik lah corak tu..aku akui aku amat takut skali kalau tak dapat penuhi tanggungjawab tu..sebab inilah kali pertama aku mepunyai zuriat sendiri..bermacam2 yang bermain dalam kepala otak ni dan bermacam2 perasaan aku alami..tapi aku abaikan.1 je aku berharap..agar anak itu sempurna lahiriah dan imannya..ada kalanya aku hampir menangis mengenangkan kekuasaan illahi..mungkinkan ada hikmahnya aku mendapat rezeki ni..namun jauh di sudut hati aku cukup gumbira untuk menunggu kelahiran ummat muhammad ni..aku tak sabar nak masuk ke bilik bersalin..nak bersama maria menghadapi detik2 ni..aku tak sabar nak tunggu baby keluar dari rahim maria..aku tak sabar nak azan dan ikamat pada baby tu..aku tak sabar nak berdoa mcm noin cakap kat aku

"ya allah jadikanlah anak ini sebagai anak yang soleh, anak yang sentiasa beramal ibadat kepadamu dan jagalah anak ini semoga nur iman sentiasa ada didalam diri anak ini".

aku tak sabar nak memandikan anak itu, aku tak sabar nak membasuh dan menanam uri, dan paling penting aku tak sabar untuk sujud syukur di atas kurniaan ini..syukur alhamdulillah...semoga semuanya selamat..ameen ya rabbal alameen..