Sunday, December 27, 2009

"bagasi itu bagasi aku"

di suatu sudut di basten x
kelihatan bebudak sedang mempamerkan kebolehan vokal masing-masing..
bermodalkan gitar kapuk yang agak lusuh..
walaupun kelihatan selekeh di mata kasar..
tetapi itulah dia nilai seni yang cuba diutarakan oleh budak jalanan ini..
mereka berjalan tanpa bagasi..
mereka berjalan tanpa aksesori
tetapi mereka terlalu kenal apa itu seni..
seni yang sebilangannya menganggap kotor..
seni yang rasa-rasanya agak biadap..
tetapi kugiran ini terus "melalak"
demi mencari sesuap nasi..

Wednesday, December 23, 2009

muzik

muzik..
gua tak ingat bila gua stat kenal muzik..tapi cabangnya luas..macam-macam genre yang wujud dalam dunia nih..zaman remaja gua ditakluki oleh muzik dari genre seperti punkrock..rock..metal dan macam2 lagi termasuklah dari genre nasyid..masa tu gua terlalu taksub dengan band2 seperti rancid-green day(sampai sekarang gua layan)..oasis (band yang muziknya terlalu bingit) subculture-carburator dung-metallica-korn-mxpx-no doubt-sepultura-nirvana(dewa bagi muzik grunge)-weezer- judy and mary(band jepun) dan tak lupa juga dengan kumpulan nasyid raihan.
masa tu teknologi terbatas..terlalu susah untuk mendapatkan lagu2 percuma (muat-turun) kerna pada masa itu internet terlalu terbatas..cakera padat kalau tak salah gua harganya hampir rm50..agak mahal untuk bebudak sekolah seperti gua untuk membeli cakera padat tersebut..so masa tu kalau gua nak dengar lagu ni..gua kene beli kaset yang harganya lebih kurang rm20..duit ni gua kumpul..baru boleh beli kaset..
apabila gua masuk 14 tahun..gua mula mendengar lagu2 mencarut daripada artis2 hipop seperti snoop dog-dmx-shaggy-tupac-dr dre shakur dan sbgnya..ini pula genre dari hiphop yang dimonapolikan oleh artis kulit hitam..ketika itu di malaysia puak2 hiphop yang wujud adalah poetic ammo..
apabila wujudnya era millenium..pelbagai genre yang dihidupkan di malaysia..genre2 black metal-ghotic-emo-skin head dan punk yang makan sampah ni adalah subject yang baru..depa seperti takde akal..berpeleseran sekitar ibu kota @ pusat bandar..membuat kacaw dan onar..gig dulu dan sekarang pun dah bertukar konsep..dulu mase gua pergi gig mane ade kene rush..mase ade kene ambush..sekarang ni kalau pergi gig haram..1st band baru main intro..dah kene rush..nih semua angkara bebudak baru nak naik lah nih..
sekarang bila gua dah meningkat dewasa..baru gua tau apa yang sepatutnya gua tau..sebenarnya tak salah mendengar muzik..tapi janganlah memperhambakan diri pada budaya yang mengamalkan muzik..kalau kita minat punk..takkan rambut kita nak terpacak 24 0 7 (24jam 7 hari seminggu)..kalau kita minat ghotic..takkan kita nak mengamalkan fahaman ghotic seperti kuda belang..so konklusi yang gua dapat..muzik menggambarkan seseorang yang bertamadun..

Tuesday, October 20, 2009

gua jatuh motor!

serius beb..sakit giler!


semalam gua jatuh motor beb..seingat gua last gua jatuh motor 3 tahun yang lepas..jom..ikuti kisah gua yang tak berapa nak tragis ni..





1.15pm - gua ajak bini gua balek skali ke rumah..tapi beliau tak nak..tak pe lah..gua layan sorang2 je lah balek rumah





1.30pm - gua gerak dari rumah lepas amek telepon bimbit gua..gua bawak moto tak laju beb..40 km/h..lepas traffic light kg. melayu menuju ke traffic light larkin perdane..tibe-tibe tanpa gua sangke gua tertarik brake dengan kuat..dah ujan lu orang tau je lah kan jalan pun licin..lepas tu..zass..bersepah gua kat depan tu..nasib tak langgar kereta orang..





1.34pm - ade sorang brader yang kebetulan lalu kat sebelah gua tolong gua..sambil tolong gua tu dier pun cakap " biaselah bang..bende nak jadik"..gua pun buat2 lah tersenyum..dan hati gua berkata "siot je..lu ingat gua rancang ke nak bersepah nih"..





1.36pm - gua dengan keadaan terluka..meneruskan perjalanan gua ke kampus..





so kepada bro2 dgn sis2 yang membaca kisah gua..ingatlah..punca gua terjatuh sebab jalan licin..bukan gua sesuka nak buat kaki gua bercalar!





p.s lepas nih gua berazam takkan jatuh moto lagik...

Sunday, October 4, 2009

afarish semakin membesar

aku harap aku dapat membahgiakan keluarga aku
ingat mama ngan papa je ke ade baju melayu..farishpun ade gak lah..huhu

comel tak farish bile senyum..



mobil baru dan kisah turbo yang kong

mungkin dalam jangkamasa yang terdekat ni aku akan memiliki sebuah kereta baru bernombor pendaftaran jfu1559..

dan saat yang menyakitkan aku sekarang ialah turbo kereta aku kong dan ia memerlukan modal yang agak besar untuk membaikinya..

kepada sesiapa yang beminat untuk memberi sumbangan..bolehlah terus direct menghubungi diriku ini..

Tuesday, September 29, 2009

mood untuk berblog

sejak 2 menjak nih aku tak der mood untuk berblog..tengok lah 1 hari nanti pasti akan update..got to go!

Saturday, September 5, 2009

selamat hari jadi

semalam hari jadik aku yang ke 26..mereka menyambutnya tanpa kehadiran si kecil yang ku sayang (farish) dan si jelita yang ku kenang (maria) kerna mareka berada nun jauh di sana..apape pun aku ucapkan tq to u guys for this moment!

acara potong kek..
doa panjang umur oleh my bro!

kek chese prune yang akak sponser! tq sis