Tuesday, May 26, 2009

welcome to my world baby

gambar ni adalah posisi atas bahagian kepala bakal anakku..aku cukup teruja masa melihat kandungan isteriku yang baru mencecah 7 bulan..semasa gambar ini di imbas..kedudukan kandungan isteriku menyongsang kerana setahu aku ketika kandungan berumur 6 bulan, kepala baby akan ke atas..tapi aku dapat melihat tangan yang mungkin melambai pada mama dan papa nya dan tulang belakang kandungan tu..subhanallah.aku hampir menitis air mata ketika melihat kebesaran allah ni..dan menurut doc..kedudukan uri juga berada didalam keadaan normal..so far aku tak nak tau jantina baby tu..aku redha ape yang aku dapat..tapi yang aku tau aku berkhendakan keadaan baby yang sempurna..aku bersyukur ke hadrat illahi di atas kurniaan ini..

Wednesday, May 6, 2009

selamat hari ibu mak...

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
Ibu...



selamat hari ibu mak..

politik dan melayu

aku tgk berita kat tvx..
para pemimpin sebok untuk mengetengahkan agenda masing-masing..
yang tak puas hati memaki sesama sendiri..
yang kafir yang melayu semuanya bersongkok
perpangkat tinggi tapi tak guna otak
macam tu yang nak jadik pemimpin manusia
macam tu yang nak jadik pemimpin bangsa
politik yang berteraskan perperangan
kemenangan yang menjatuhkan orang lain
kemenangan ibarat tikaman dari belakang

di mana anak muda melayu sekarang?
ya..mereka sebok mengejar erti kehidupan yang entah apa
mereka sebok mengejar kemewahan sejagat
kemewahan yang akan menjulang kehidupan mereka
perniagaan yang lebih banyak haram dari yang halal

kenapa aku emo sangat?
sebab aku adalah anak melayu!