Wednesday, December 23, 2009

muzik

muzik..
gua tak ingat bila gua stat kenal muzik..tapi cabangnya luas..macam-macam genre yang wujud dalam dunia nih..zaman remaja gua ditakluki oleh muzik dari genre seperti punkrock..rock..metal dan macam2 lagi termasuklah dari genre nasyid..masa tu gua terlalu taksub dengan band2 seperti rancid-green day(sampai sekarang gua layan)..oasis (band yang muziknya terlalu bingit) subculture-carburator dung-metallica-korn-mxpx-no doubt-sepultura-nirvana(dewa bagi muzik grunge)-weezer- judy and mary(band jepun) dan tak lupa juga dengan kumpulan nasyid raihan.
masa tu teknologi terbatas..terlalu susah untuk mendapatkan lagu2 percuma (muat-turun) kerna pada masa itu internet terlalu terbatas..cakera padat kalau tak salah gua harganya hampir rm50..agak mahal untuk bebudak sekolah seperti gua untuk membeli cakera padat tersebut..so masa tu kalau gua nak dengar lagu ni..gua kene beli kaset yang harganya lebih kurang rm20..duit ni gua kumpul..baru boleh beli kaset..
apabila gua masuk 14 tahun..gua mula mendengar lagu2 mencarut daripada artis2 hipop seperti snoop dog-dmx-shaggy-tupac-dr dre shakur dan sbgnya..ini pula genre dari hiphop yang dimonapolikan oleh artis kulit hitam..ketika itu di malaysia puak2 hiphop yang wujud adalah poetic ammo..
apabila wujudnya era millenium..pelbagai genre yang dihidupkan di malaysia..genre2 black metal-ghotic-emo-skin head dan punk yang makan sampah ni adalah subject yang baru..depa seperti takde akal..berpeleseran sekitar ibu kota @ pusat bandar..membuat kacaw dan onar..gig dulu dan sekarang pun dah bertukar konsep..dulu mase gua pergi gig mane ade kene rush..mase ade kene ambush..sekarang ni kalau pergi gig haram..1st band baru main intro..dah kene rush..nih semua angkara bebudak baru nak naik lah nih..
sekarang bila gua dah meningkat dewasa..baru gua tau apa yang sepatutnya gua tau..sebenarnya tak salah mendengar muzik..tapi janganlah memperhambakan diri pada budaya yang mengamalkan muzik..kalau kita minat punk..takkan rambut kita nak terpacak 24 0 7 (24jam 7 hari seminggu)..kalau kita minat ghotic..takkan kita nak mengamalkan fahaman ghotic seperti kuda belang..so konklusi yang gua dapat..muzik menggambarkan seseorang yang bertamadun..